📢 Klik di Sini untuk Dapatkan Maklumat Terkini Rumah Selangorku 📢

Rumah Selangorku
  • Laman Utama
  • Pendaftaran
  • Senarai Projek
  • Syarat Kelayakan
  • Soalan Lazim
  • More
    • Laman Utama
    • Pendaftaran
    • Senarai Projek
    • Syarat Kelayakan
    • Soalan Lazim
Rumah Selangorku
  • Laman Utama
  • Pendaftaran
  • Senarai Projek
  • Syarat Kelayakan
  • Soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut:

 

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Permohonan Rumah Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,500.00;
  • Permohonan Rumah Jenis B: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM7,000.00;
  • Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00;
  • Permohonan Rumah Jenis D, JENIS E DAN JENIS E KHAS: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, D atau E semasa membuat permohonan;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.


Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut: 

 

1. Rumah Bertingkat (Pangsapuri)

  • Jenis A: RM 42,000.00 seunit
  • Jenis B: RM 100,000.00 seunit
  • Jenis C: RM 150,000.00 seunit
  • Jenis D: RM 200,000.00 seunit
  • Jenis E: RM 250,000.00 seunit

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri


2. Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)

  • Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)
  • Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)
  • Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)
  • Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
  • Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri


Add an answer to this item. Tempoh masa yang ditetapkan untuk proses pindah milik Rumah Selangorku dan Hartanah Harga Kawalan adalah selepas tempoh lima (5) tahun daripada tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. 


Pemohon boleh berdaftar bila-bila masa namun perlu membuat pilihan projek juga disebabkan pilihan projek tersebut adalah wajib dalam setiap permohonan yang didaftarkan. Ini bermaksud permohonan akan berada dalam senarai projek yang dipohon iaitu dalam Pra-Tawar sekiranya dalam senarai menunggu. 


LPHS hanya memastikan pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sehingga pengeluaran surat tawaran sahaja dan diluar bidang kuasa LPHS dalam menguruskan pinjaman. Proses pembiayaan atau pinjaman boleh dirujuk kepada pihak pemaju melalui panel bank yang dilantik atau melalui inisiatif pemohon sendiri untuk mendapatkan pembiayaan/pinjaman. Walaubagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu sebelum membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan harga jualan sepertimana yang dipamerkan di laman sesawang LPHS.

 


 Tidak.

Bagi membantu pembeli membuat perancangan kewangan yang bijak sebelum membuat komitmen pembiayaan perumahan, pemohon boleh mempelajari modul kewangan melalui laman sesawang https://learn.akpk.org.my/course/rumahku. Manakala, Khidmat Nasihat Pembiayaan kepada pemohon yang telah ditolak pembiayaan perumahan boleh melayari laman sesawang http://myknp.akpk.org.my.


  • Laman Utama
  • Pendaftaran
  • Senarai Projek
  • Syarat Kelayakan
  • Soalan Lazim

Rumah Selangorku

Copyright © 2025 Rumah Selangorku - All Rights Reserved.

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept